Nutrilite, eSpring terima anugerah
Kuala Lumpur: Amway Malaysia Sdn Bhd mencatatkan
pencapaian terbaru apabila dua produknya iaitu Nutrilite dan eSpring menerima
Anugerah Jenama Paling Dipercayai Reader’s Digest 2013 masing-masing bagi tahun
kesembilan dan kelapan secara berturut-turut.
Pengurus Besar Amway Malaysia Paul Yee berkata,
Nutrilite yang juga jenama makanan kesihatan, vitamin dan makanan tambahan
menerima anugerah Platinum bagi Malaysia dalam kategori Vitamin dan Suplemen
Kesihatan selama sembilan tahun berturut-turut.
“Bagi produk sistem rawatan air pula, eSpring
dimemenangi anugerah Emas untuk Malaysia dan Asia bagi tahun kelapan
berturut-turut dalam kategori Penulenan Air,” katanya dalam satu kenyataan
media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Yee,
berdasarkan laporan Euromonitor, Nutrilite adalah satu-satunya jenama vitamin
dan mineral global yang dapat memproses tumbuhan terus dari ladang dan disahkan
organik.
“Komitmen kami dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan adalah testimoni yang cukup membanggakan dengan setiap jenis dikaji
dengan teliti bagi menjamin kualiti terbaik,” katanya dalam kenyataan terbabit.
Menurutnya, produk sistem rawatan air yang dihasilkan
iaitu eSpring berupaya menyingkirkan lebih 140 bahan cemar.
Di samping itu, dalam masa sama eSpring dapat
mengekalkan 100 peratus mineral bermanfaat seperti kalsium, magnesium dan
kalium dalam kandungan air.